2011/06/23

puitis atau tidak itu ketepikan

aku tidak percaya.
bukan kerana aku sombong.
bukan aku tidak mahu kaya.

kaya bukan sesuatu yang senang untuk dimiliki.
bagi aku kaya itu perlu berusaha.
untuk berusaha kena lah ada pelajaran.

kalau kita berpelajaran mudah lah kita ingin kaya.
belajarlah tinggi moga senang kemudian hari.
biar ada diploma, biar ada ijazah, biar ade master, biar ada phd.
biar ada semua kemudian bersenang senang.

bukan setakat itu..
belajar juga dari pengalaman.
belajar dari logik.
kerana itu akan jadi pembimbing.

mak ayah itu rujukan.
allah itu petunjuk.
sentiasa ingat mereka.
kerana kekayaan datang dari mereka.

jangan mudah tertipu.
jangan mudah terpedaya.
pikir dahulu jangan mudah membuat keputusan.
kalau ingin kaya berusaha.

tiada orang ingin bagi kekayaan senang senang.
tiada orang tidak mahu kaya.
tapi awas jangan tertipu.
kerana tiada orang yang kaya sekelip mata.

kalau ada orang ingin bagi kekayaan itu bagus.
tapi kenapa tidak di sampaikan secara terbuka dan menyenangkan?
kenapa tidak hebahkan?
kenapa sembunyi sembunyi?

aku juga ingin kaya.
aku juga mahu bergelar jutawan.
tapi bagai mana?
dengan hanya mendaftar?

aku juga ingin kaya.
gaji berjuta setiap bulan.
kalau betul alangkah indahnya dunia.

aku juga ingin kaya,
inginkan gaji yang tiada kesudahan.
siapa yang boleh bagi?
menteri ceo dato' juga tiada yang mendapat gaji tiada kesudahan.

kaya kena berusaha itu sahaja.
perlu ada ilmu pelajaran.
belajar dari pengalaman dan logik.
allah dan ibu bapa jangan lupa, utamakan mereka.

ini dari aku,
yang selebihnya pikirkan sendiri kerana tiada siapa yang boleh tolong melainkan diri sendiri.



- coretan bodoh dari aku

2 comments:

red said...

wow... ini hasil coretan kamu??? superb beb

Syazwan Shahrir said...

trimas red. just meluahkan ape y terasa sedeh je. :)